Awesome Followers

Thanks for visiting my silly-billy blog. Thanks a lot for following and reading. Much love from me, Sya ♥

Tuesday, 12 July 2011

Ms. Sya's Penguin a.k.a Mr. Popper's Penguin.

Heyy my sweetie readers , (aha, gedik sikett)

Aku baru nak update pasal movie. Oh, yaa, aku ni Kaki Wayang jugak la. Pantang ada movie best or menarik perhatian mata berbisa ni, mesti try the best nak pergi mana-mana GSC or TGV semata-mata demi movie tercinta itu.
Haritu, 10th June, dalam pukul 1 lebih camtu, kakak-kakak ku tersayang nak bawa aku tengok wayang, katenya movie TRANSFORMER - DARK OF THE MOON. Yeahh, memang aku menanti detik-detik indah itu and aku memang nak sangattttt tengok movie tu.
Bila akak aku suroh aku bersiap, dengan pantasnya aku bersiap! Zap zap zap ! Buka closest, tarik je jeans Goggle and baju lengan panjang Applemints (pakai baju lengan panjang sebab sejuk ><" ). Lepas tu sapu sikit cream Fair & Lovely, pastu sapu bedak Johnson and lastly sikat rambut kasi nampak comel sikit (comel ke? tak kesah laa). Done! Simple je. Buat apa aku nak melawa sangat kalau setakat keluar tengok wayang dengan akak-akak aku dekat TGV Cheras Selatan tu, bukan ada sape nak ngorat pun kan. Huhu!
Dah la mase keluar rumah tu, tiba-tiba hujan lebat pulak dah, akak pulak parking kerete jauh benor. Cobaan. -_____-" Redah je la hujan tu. Nasib baik aku tak pakai lawa-lawa. Hihi.

dalam kerete. *tak edit taw :D

K pastu sampai kat TGV, aku berlari berkejaran pergi kaunter ticket (k, aku tipu, aku jalan dengan kelajuan maksima je, tak lari, hihi). Aku cakap "Transformer pukul 2.30pm, 3 dewasa 1 kanak-kanak" . Makcik kaunter tu cakap "Sorry miss, ticket hari ni semua sold out" . What the ..!!!!!!!!!!!
Sedihnyaaaaaa :'(

ticket wayang Mr. Popper's Penguin, kau ada ? hee (terserlah pipi chubby)
Pastu tengok je lah movie Mr. Popper's Penguin. Seat kiteorang kat depan sekali. Pergh, mendongak aku tengok movie tu. Silau mata aku tau. Tapi nasib baik best gila derr. Syok ouh! Kelakar and ada humor :]
Comel lotey penguin tu, rasa macam nak bela satu (k, aku tipu pasal nak bela tu, hihi). K dah tu je story aku sebenarnya.

with adek aku :] 


Trailer Mr. Popper's Penguin. :] Aku malas nak cerita synopsis dia. Hihi.

K that's all. Banyak lagi movie yang aku nak tengok dalam my list - Must-Watch-Movie . Adioss :)

Photobucket

No comments:

Post a Comment